Pages

Monday, March 14, 2011

Sambutan Maulidur Rasul 2011

Alhamdulillah, Sambutan Maulidur Rasul warga SRISAAS dan TISAAS telah dilangsungkan dengan jayanya pada 15 Februari 2011 bersamaan hari Selasa. Hampir 1,000 orang ibubapa dan murid-murid telah hadir bagi memeriahkan lagi sambutan. Ustaz Zamri telah dijemput bagi menyampaikan ceramah manakala En Hafiz Hamidon pula dijemput bagi membuat persembahan nyanyian.

Warga sekolah, ibubapa serta pelajar-pelajar mula berkumpul di padang Pinggiran Batu Caves seawal 7.30 pagi sebelum memulakan perarakan.

Perarakan diiringi kereta Peronda Polis Gombak dan Pegawai MPS

Pembukaan majlis dengan bacaan surah Yassin 1 sehingga 10
Persembahan Nasyi Nur Imtiyaz yang memukau para tetamu
Ustaz Zamri TV9 memberi ceramahnya yang mantap
Persembahan yang hebat dari En Hafiz Hamidon

 

Majlis disudahi dengan jamuan ringan

No comments:

Post a Comment